WAKAF PEMBELIAN BANGUNAN PUSAT DAKWAH OKU PENGLIHATAN
HANYA RM50/NAMA
Bayangkanlah kalau tuan puan tiba-tiba bangun
tidur pada pagi hari, tuan puan dapati mata yang ada tidak lagi dapat melihat
selama-lamanya?
Bagaimana tuan puan akan meneruskan hidup?
Bagaimana tuan puan hendak bersolat membaca al-Quran?
Adakah tuan puan hanya perlu terus bersedih dan mengalah?
Tidak! Tuan puan perlu belajar semula mengenai al-Quran melalui kaedah braille dan tuan
puan perlu meningkatkan kembali jati
diri untuk terus hidup dan perlu belajar solat semula.
Jadi, kami di Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) yang
akan menjalankan tanggungjawab untuk:
- Mendidik dan memulihkan semula mereka yang baru menjadi buta kepada
Islam
- Memberi pendidikan al-Quran dan ilmu agama bagi meneruskan kehidupan
dan menjalankan ibadat secara sempurna
KENAPA KAMI PERLU BELI/ADAKAN KEMPEN
BANGUNAN INI?
Dengan penambahan ahli dan penambahan aktiviti
dakwah dan pendidikan kepada komuniti OKU Penglihatan, PERTIS
terpaksa menyewa sebuah lagi pejabat yang bertempat di Brickfields.
Pejabat di Gombak digunakan bagi tujuan urusan pentadbiran,
manakala pejabat di Brickfields pula bagi tujuan percetakan al-Quran
serta segala aktiviti-aktiviti dakwah kepada komuniti OKU Penglihatan.
Walaupun begitu, PERTIS masih lagi perlu menyewa kelas dan dewan bagi menjalankan aktiviti dakwah kepada
komuniti OKU Penglihatan kerana ruang yang sedia ada tidak mampu
menempatkan jumlah peserta yang ramai.
SASARAN DANA
Pihak Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) sedang berusaha untuk mengumpulkan dana sebanyak
RM 5,750,000.00
Berikut adalah pecahan kos yang diperlukan :
* Kos pembelian bangunan lot kedai 5 tingkat yang bakal menjadi pusat dakwah OKU Penglihatan, kelas al-Quran braille, kelas-kelas agama, perpustakaan untuk komuniti OKU Penglihatan dan pejabat pentadbiran PERTIS (RM 4,500,000.00)
* Kos pengubahsuaian bangunan (RM 950,000.00)
*Kos Pelengkapan Pusat Dakwah (RM 300,000.00)
=======
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
Untuk memudahkan urusan tuan puan untuk
menyumbang, pihak kami telah menyediakan platform yang mudah untuk menyumbang
dengan beberapa pakej yang menarik di bawah.
PAKEJ WAQAF 10 PENAMA = RM500
PAKEJ WAQAF 6 PENAMA = RM300
PAKEJ WAQAF 2 PENAMA = RM100
PAKEJ WAQAF 1 PENAMA = RM50
*Pakej-pakej
ini telah meliputi tajaan pembelian, pengurusan dan pengubahsuaian. Pakej-pakej
ini hanya dijadikan bahan rujukan. Sumbangan dana adalah tidak terhad.
اِنَّ الْمُصَّدِّقِيْنَ وَالْمُصَّدِّقٰتِ وَاَقْرَضُوا اللّٰهَ قَرْضًا حَسَنًا يُّضٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ اَجْرٌ كَرِيْمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.
(Surah Al-Hadid: Ayat 18)
========
Untuk sumbangan secara manual / Bank Transfer
/ CDM, Boleh Bank In ke Akaun di Bawah:
Nama Bank : AMBANK
Nama Akaun : PERSATUAN ORANG-ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM
MALAYSIA (PERTIS)
No Akaun : 8881035137923
Letakkan rujukan “Wakaf Bangunan” untuk mudahkan pihak kami untuk membuat pengasingan dana.